Cara Aktifkan Simkad Digi

Digi percaya bahawa internet telah menjadi salah satu keperluan asas masyarakat sekarang ini. Provider Digi hadir di Malaysia untuk memberikan pengalaman Internet yang lebih baik bagi lebih banyak pengguna, menawarkan fleksibiliti yang menyesuaikan keperluan pelanggan.

Mengapa Anda perlu mengaktifkan SIM Card Digi? Sebabnya ialah tanpa mengaktifkan, simkad yang Anda miliki tidak boleh digunakan sama sekali.

Kerana nombor yang tidak diaktifkan akan disekat, jadi kesannya tidak boleh call, SMS, tidak boleh menerima panggilan dan SMS, dan tidak dapat mengakses rangkaian internet. Dalam erti kata lain, kad starter yang Anda beli benar-benar mati/tidak berguna.

Sebetulnya Anda boleh mengaktifkan simkad Digi (Digi Smart Plan, Digi Prepaid Best dan jenis Digi lainnya) oleh sendiri dengan mengikuti panduan yang ada pada kad starter/SIM pack, tetapi bila Anda mendapat masalah selepas cuba mengkatifkan, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut.

Cara Aktifkan Simkad Digi
Cara Aktifkan Simkad Digi

Cara Aktifkan Simkad Digi

Mengaktifkan simkad digi perlu dilakukan oleh semua pengguna perkhidmatan prepaid dan postpaid.

Bukan sahaja untuk pengguna baru, pengguna lama ada juga mesti mendaftar untuk kad Digi. Cara mendaftar kad Digi boleh melalui online dan kaunter/outlet.

Cara Pengaktifan SIM Baru Melalui Penjual

Cara Aktifkan SIM Card DigiCara aktifkan sim card Digi untuk pengguna baru boleh dilakukan melalui kaunter/penjual/outlet.

Supaya kad starter Digi Anda boleh digunakan segera, sila lakukan pengaktifan ke kaunter Digi. Cakap je, saya mahu mengaktifkan kad digi saya, tolong bantu. Anda juga boleh pergi ke Digi Store yang berdekatan.

Syarat yang diperlukan adalah :

  • IC/Kad Pengenalan
  • Pasport

Sila pilih salah satu sahaja. Selepas berjaya mendaftar, Anda boleh mendial mana-mana nombor untuk mengaktifkan prabayar/pascabayar Anda.

Aktifkan SIM Baru Digi Secara Online

Cara aktifkan sim baru digi boleh dibuat secara online melalui laman live chat. Sila lawati link live chat Digi, lepas tu cakap, Anda ingin aktifkan sim card Digi baru atau simkad Digi tamat tempoh. Sila mendaftar dahulu untuk membuat account forum.

Aktifkan Simkad Digi Tamat Tempoh

Untuk pengaktifan simkad Digi yang tamat tempoh, sila pergi ke Digi Store yang berdekatan dengan Anda.

Sila membawa kad pengenalan, IC atau pasport untuk proses pengaktifan semula. Customer service akan membantu Anda sehingga simkad Digi Anda boleh diaktifkan semula.

Kredit Digi Anda/rakan habis? Baca cara transfer kredit Digi

Sebagai makluman, simkad yang baru akan didaftarkan terus semasa pembelian. Proses register akan selesai pada bila-bila dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya lepas 24 jam masih belum didaftarkan lagi, sila membawa semula Kad Starter/SIM pack ke penjual/kaunter/outlet yang sama untuk semakan bila terdapat gangguan untuk pendaftaran sebelum ini.

Related Posts

Leave a Comment