Cara Aktifkan SIMKAD YES 4G

Posted on

Sekarang banyak orang yang menjadi pelanggan baru SIM Card YES kerana provider YES 4G menawarkan pelbagai pelan menarik dan berbaloi dengan harga yang murah.

Jika Anda yang baru sahaja membeli atau mendapat simkad YES, langkah pertama kali yang mesti Anda lakukan iaitu, Anda perlu activate dahulu sebelum guna.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara aktifkan simkad YES 4G prepaid dan psotpaid secara online.

Cara Aktifkan SIMKAD YES 4G

Cara Aktifkan SIMKAD YES 4G

Hal pertama yang mesti Anda sediakan adalah handphone yang mempunyai sambungan internet dan aplikasi MyYes.

Anda boleh muat turun aplikasi MyYes di Google Play Store/AppStore. Ikuti panduan cara aktifkan SIMKAD Yes 4G dengan mudah di bawah ini:

  1. Buka aplikasi MyYes Anda.
  2. Klik New User. New User YES 4G
  3. Kemudian, klik Activate SIM. Cara Aktifkan SIMKAD YES 4G
  4. Klik Start.
  5. Imbas kod bar yang terdapat di belakang SIM atau masukkan Nombor Siri SIM Anda secara manual. Scan SIM YES 4G
  6. Anda boleh sama ada menerima nombor telefon yang diberikan atau Switch to Yes dengan memasukkan nombor sedia ada anda dan mengesahkannya.
  7. Pilih Jenis Kad Pengenalan Anda. ID upload SIM Kad YES 4G
  8. Klik Next.
  9. Sila Scan Kad Pengenalan Anda.
  10. Pada Personal Detail, masukkan maklumat mengenai Anda secara detail. Personal Details SIMKAD YES 4G
  11. Sila Verify Face Recognition Anda. Face Recognition
  12. Selepas selesai, Anda akan menerima mesej pengesahan dan Email.
  13. Seterusnya, klik Login Now. SIM Activated YES 4G
  14. masukkan nombor SIMKAD YES 4G Anda.
  15. Masukkan Kod TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS.
  16. Klik Next.
  17. Kemudian, klik Get Started.
  18. Tahniah, SIMKAD YES 4G Anda berjaya diaktifkan.

Nota: Dengan mengaktifkan perkhidmatan prepaid/postpaid YES, Anda mengakui, menerima dan bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat Perkhidmatan YES.

FAQ SIMKAD YES 4G

Beberapa soalan lazim berkaitan dengan SIMKAD YES 4G:

1. Apa itu YES ID?

Nombor handphone Anda ialah YES ID unik yang Anda boleh gunakan untuk mengakses rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh YES.

2. Bagaimanakah cara saya mendaftar perkhidmatan YES 4G?

Anda boleh mendaftar perkhidmatan YES 4G di www.yes.my atau Anda juga boleh kunjungi kedai YES terdekat.

Itulah maklumat mengenai cara pengaktifkan simkad YES 4G melalui online, semoga membantu.