Cara Beli Internet Digi

Macam mana cara beli Internet Digi? Digi adalah salah satu provider selular dengan pengguna yang ramai di Malaysia. Promosi pakej internet murah yang ditawarkan banyak menarik minat pelanggan Digi, selain itu ciri perkhidmatan Digi yang mudah digunakan turut membuatkan pengguna selesa.

Cara beli internet Digi boleh menggunakan kredit atau boleh juga menggunakan baucar atau secara online.

Pada kesempatan kali ini, kami akan berkongsi tutorial cara topup kuota internet Digi dengan mudah menggunakan kod baucar, dail dan online.

Cara Beli Internet Digi

Cara Beli Internet Digi

Anda dapat beli internet Digi melalui Dial dengan cara:

  1. Dail *128#
  2. Pilih 3.Internet
  3. Klik Send.
  4. Pilih 5.Quota Top Up
  5. Pilih Pakej Quota yang Anda inginkan.
  6. Ikuti langkah-langkahnya.
  7. Tahniah, Anda berjaya beli Pakej Internet Digi

Jika Anda mahu dapatkan internet unlimited Digi, sila baca panduan cara langgan internet Digi unlimited.

Beli Internet Digi Online

Selain melalui dial, Anda boleh beli Internet Digi melalui online dengan mudah, sila ikuti langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Digi https://www.digi.com.my
  2. Klik Get Add-On Internet.
  3. Masukkan Nombor Handphone Anda.
  4. Klik Proceed.
  5. Pilih Pakej Internet yang Anda inginkan.
  6. Ikuti langkah-langkah cara membayarnya.
  7. Anda berjaya beli pakej Internet Digi online.

Cara Beli Internet Digi Guna Baucar Digi

Cara ini cukup mudah, Anda hanya perlu memasukkan Nombor PIN Baucar:

  1. Kunjungi tempat/kaunter yang menjual baucar Digi.
  2. Gosok kupon yang mengandungi 16 nombor PIN.
  3. Dail *128* tambah PIN dan pagar 16 digit (#) Contoh: *128*6736746567829836#
  4. Tunggu beberapa detik.
  5. Anda berjaya beli Internet Digi guna baucar.

Cara Beli Internet Digi Secara Elektrik

Ikuti langkah-langkah beli Internet digi secara Elektrik:

  1. Pergi ke tempat yang menjual kredit Digi.
  2. Berikan nombor handphone Anda di tempat jualan.
  3. Penjual akan menghantar kredit mengikut pesanan Anda.
  4. Kredit Digi Anda berjaya dihantar.

Beli Internet Digi Melalui Aplikasi MyDigi

Pastikan Anda telah muat turun aplikasi MyDigi yang boleh Anda dapati di Google Play Store/Appstore. Ikuti langkah-langkahnya:

  1. Buka Aplikasi MyDigi Anda.
  2. Klik Buy Add-Ons.
  3. Pilih Pakej Internet yang Anda inginkan.
  4. Klik Charge to Account.
  5. Klik Confirm.
  6. Pakej Internet Digi Anda berjaya dihantar.

Itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda.