Cara Buat Maybank2u

Tujuan pelanggan mendaftar internet banking Maybank2u tentu supaya boleh melakukan transaksi perbankan tanpa pergi ke ATM atau teller.

Kerana hampir semua transaksi di ATM boleh dilakukan oleh perbankan internet. Seperti semak baki, pemindahan, tambah nilai kredit, dan pembayaran lain. Sudah tentu ini dapat dilakukan dengan menggunakan smratphone atau komputer.

Mendaftar untuk perbankan internet Maybank adalah percuma. Untuk dapat menggunakan perkhidmatan perbankan internet dengan sempurna, Anda mesti mendaftarkan nombor telefon Anda untuk mendapatkan TAC.

TAC (Type Allocation Code) digunakan sebagai jaminan/keselamatan tambahan pada masa transaksi perbankan internet. TAC ini mesti didaftarkan dahulu melalui mesin ATM. Selepas itu, ia boleh digunakan untuk menjalankan transaksi kewangan.

Cara Buat Maybank2u
Cara Buat Maybank2u

Syarat Daftar Internet Banking Maybank

Syarat yang mesti Anda penuhi tidak sukar, Anda hanya perlu menyiapkan:

  • Card ATM/Debit Maybank
  • Nasabah rasmi Maybank
  • Nombor telefon untuk request TAC

Cara Daftar Nombor Telefon Untuk TAC

Jika Anda malas untuk berjumpa dengan customer service, sesetengah pelanggan lebih suka mendaftar TAC Maybank melalui ATM. Selain dapat dilakukan selama 24 jam, kaedah ini juga tidak memerlukan antrian kerana jumlah ATM Maybank yang tersebar cukup banyak.

Anda mesti melawati ATM cawangan Maybank terdekat, pastikan ATM yang Anda gunakan selamat. Lepas tu ikuti langkah-langkah berikut ini:

  1. Masukan kad ATM/Debit ke mesin ATM
  2. Pilih Bahasa Malaysia
  3. Masukan nombor PIN kad ATM/Debit Anda
  4. Tekan menu Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms AlertsDaftar Nombor Telefon Untuk TAC Maybank
  5. Tekan menu Kemaskini Tel. Bimbit M2u TACDaftar Nombor Telefon TAC Maybank
  6. Sila masukan nombor telefon Anda, tekan Ya jika betul
  7. Selesai, mudah je

Cara Membuat Akaun Maybank2u

Selepas Anda mempunyai nombor yang berdaftar TAC, kini masa untuk Anda membuat akaun M2U secara online. Pastikan sambungan internet Anda baik.

  1. Buka link maybank2u.com.my
  2. Klik butang Register Now
  3. Pada kolom tu masukan 16 nombor kad ATM/Debit Anda16 Digit Card Maybank
  4. Masukan juga 6 nombor PIN Anda, klik Next
  5. Masukan username dan password yang Anda mahu. (Note : Password mesti gunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol)
  6. Masukan email
  7. Klik butang Request TAC untuk mendafkan kod TAC. Kod TAC akan dihantar ke nombor telefon Anda. Masukan kod TAC tu kedalam ruangan TAC. Klik Next
  8. Masukan gambar keselamatan, isi security phrase dan Memorable Question, klik Done

Kami mengesyorkan menyimpan maklumat di atas melalui buku atau foto menggunakan telefon bimbit

Login Maybank2u Online Banking

Sekarang Anda sudah mempunyai username dan password + nombor yang berdaftar TAC, jom ikuti langkah seterusnya.

  1. Buka link maybank2u.com.my
  2. Masukan username dan password
  3. Pastikan adakah paparan gambar dan image betul adalah milik Anda, klik Yes
  4. Selepas berjaya, Anda boleh melakukan pelbagai aktivitas seperti semakan baki, transfer, topup NJOI dan lain-lain.

Sekarang Anda boleh melakukan transaksi menggunakan perkhidmatan perbankan internet Maybank2u, baik transaksi kewangan dan bukan kewangan.

Related Posts

Leave a Comment