Cara Daftar Affin Bank Online

Bagaimana cara daftar Affin Bank online banking? Untuk makluman, Affin Bank memiliki perbankan internet yang dinamakan Affin Online bagi menyediakan kemudahan kepada pelanggan membuat aktiviti perbankan melalui online.

Melalui Affin Online sekarang setiap pelanggan boleh semak baki, pemindahan dana, bayar bil, bayar pinjaman dan banyak lagi.

Bagi Anda yang ingin mempunyai akaun Affin Bank online banking atau Affin Online, Anda mesti daftar terlebih dahulu. Sila simak panduan di bawah ini.

Cara Daftar Affin Bank Online

Syarat Daftar Affin Online

Sebelum Anda daftar, Anda mesti sediakan beberapa syarat berikut:

  • Kad Pengenalan Anda.
  • Pastikan Anda mempunyai akaun Affin Bank.
  • Pastikan Anda mempunyai kad Bank Akaun Simpanan/Akaun Semasa Affin Bank ataupun kad kredit Affin Bank.
  • Pastikan Anda meminta IB-PIN (Pengenalan Peribadi Internet-Nombor Peribadi Sementara) 6 digit yang didapati di ATM Affin Bank dengan menggunakan Kad Debit/Kad Kredit Affin Anda.
  • Bagi Anda yang menggunakan Akaun bersama dengan mandat salah seorang akan menandatangani atau kedua-dua akan menandatangai.
  • Anda perlu pergi ke cawangan Affin Bank untuk memautkan akaun Anda ke akaun online banking AffinOnline.

Cara Daftar Affin Bank Online

Selepas Anda memenuhi syarat-syarat di atas, sila ikuti cara daftar Affin Bank berikut:

  1. Lawati pautan rasmi Affin Bank https://rib.affinonline.com
  2. Klik First Time Login. First Time Login Affin
  3. Pilih Jenis Kad Anda. Maklumat Daftar Affin Bank
  4. Masukkan Nombor Kad Anda.
  5. Sila pilih Jenis kad Pengenalan Anda.
  6. Masukkan Nombor kad Pengenalan Anda.
  7. Masukkan PIN kad Anda.
  8. Klik Request TAC.
  9. Masukkan kod TAC yang dihantar ke handphone Anda melalui SMS.
  10. Klik Continue.
  11. Seterusnya, masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang Anda inginkan.
  12. Masukkan Alamat Email Anda yang aktif.
  13. Masukkan Secure Phrase Anda.
  14. Kemudian, pilih Gambar Keselamatan Anda.
  15. Klik Submit.
  16. Skrin Soalan & Jawapan Cabaran akan dipaparkan. untuk melengkapkan proses login, tetapan Soalan & Jawapan Cabaran iaitu Wajib.
  17. Tahniah, Anda berjaya daftar Affin Bank.

Sila cuba semak baki akaun Affin Bank untuk melihat baki akaun terkini.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda dalam urusan perbankan, jika ada sebarang pertanyaan Anda boleh hubungi Pusat panggilan Affin Bank 03-8230-2222 atau Anda boleh pergi ke cawangan Affin Bank terdekat bagi selesaikan masalah Anda.