Cara Daftar Hong Leong Bank Online

Posted on

Hong Leong Bank memiliki perbankan digital iaitu HLB Connect yang ditawarkan kepada para pelanggan untuk mempermudah transaksi online. HLB Connect boleh di akses pada bila-bila masa melalui laptop/komputer dan smartphone.

Ciri yang disediakan oleh HLB Connect iaitu bayar pinjaman, bayar bil air, bayar bil elektrik, pemindahan dana, top up, check baki, check penyata bank dan banyak lagi.

Bagi Anda yang ingin mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank Anda mesti daftar terlebih dahulu. Sebelum Anda mendaftar, Anda mesti kemaskini terlebih dahulu nombor telefon Anda di cawangan Hong Leong Bank terdekat agar nombor TAC dapat dihantar melalui SMS.

Cara Daftar Hong Leong Bank Online
Cara Daftar Hong Leong Bank Online

Cara Daftar Hong Leong Bank Guna ATM/Debit Card or Credit Card

Sila ikuti cara daftar Hong Leong Bank guna ATM/Debit Card/Credit Card:

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
  2. Klik Register for Online Banking. Register HLB
  3. Sila pilih jenis kad Pengenalan yang Anda inginkan.
  4. Pilih New IC Number, dan masukkan ID Number pada ruangan yang disediakan. Identification HLB
  5. Klik Next.
  6. Masukkan Nombor TAC yang dihantar melalui SMS ketika kemaskini.
  7. Masukkan Nombor kad Debit Anda.
  8. Masukkan Nombor PIN kad Anda.
  9. Masukkan Alamat Email Anda.
  10. Sila buat Nama Pengguna yang Anda ingin gunakan. Create Credentials
  11. Buat pula Kata Laluan yang Anda ingin gunakan.
  12. Sila pilih Gambar Keselamatan Anda.
  13. Seterusnya, sila isikan pada Create Security Question.
  14. Selesai.

Cara Daftar Hong Leong Bank Guna Temporary ID

Anda juga boleh daftar Hong Leong Bank menggunakan Temporary ID:

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
  2. Klik Register for Online Banking. Register HLB
  3. Sila pilih jenis kad Pengenalan yang Anda inginkan.
  4. Pada ID Type, pilih New IC Number. Identification HLB
  5. Masukkan ID Number pada ruangan yang disediakan.
  6. Klik Next.
  7. Masukkan Nombor TAC yang dihantar melalui SMS ketika kemaskini.
  8. Pada Account Number, masukkan nombor akaun bank Anda 11 digit.
  9. Pada Temporary ID, masukkan ID 10 digit yang Anda dapat di cawangan Hong Leong Bank.
  10. Masukkan Username yang Anda ingin gunakan. Create Credentials
  11. Masukkan pula Password yang Anda inginkan.
  12. Pilih Gambar Keselamatan Anda.
  13. Pada Create Security Question, isikkan soalan keselamatan.
  14. Selesai

Sila semak baki akaun Hong Leong Bank Anda untuk melihat baki terkini. Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Jika ada sebarang pertanyaan Anda boleh hubungi customer service HLB di 03 7626 8899.