Cara Dapatkan Penyata Bank OCBC Online

Macam mana cara pdapatkan penyata bank OCBC online? Penyata bank dalam dunia perbankan adalah ringkasan transaksi kewangan yang telah berlaku. Dengan penyata bank ini, semua transaksi yang telah dibuat akan disenaraikan/di cetak di dalamnya seperti kredit, debit dan lain-lain. Secara amnya, penyata bank akan dicetak jika pelanggan bank ingin mengetahui transaksi yang telah mereka lakukan.

OCBC bank menyediakan penyata bank online yang dikenali sebagai e-Statement, e-Statement ini dapat membantu mengurangkan kertas dan menjimatkan masa yang diperlukan untuk menyusun penyata kertas bulanan.

Jika Anda perlukan print statement bank OCBC, berikut kami kongsikan cara dapatkan statement bank OCBC melalui online fail PDF.

Cara Dapatkan Penyata Bank OCBC

Cara Mendaftar Penyata Bank OCBC Online

Sebelum Anda dapatkan penyata bank Anda mesti mendaftar terlebih dahulu perkhidmatan ini, sila ikuti langkah-langkah cara mendaftar:

  1. Lawati pautan rasmi OCBC https://internet.ocbc.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Klik Confirm untuk sahkan Security Image dan Security Phrase.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas login, pilih Your Accounts di bawah menu.
  8. Pilih Manage e-Statements.
  9. Anda boleh memilih untuk menerima e-Penyata melalui Online Banking atau Online Banking and Email.
  10. Pilih pilihan yang Anda inginkan.
  11. Daftarkan e-Penyata untuk akaun Anda dengan mencetang kotak.
  12. Selesai.

Tidak mempunyai akaun internet banking OCBC? Sila daftar OCBC online banking terlebih dahulu.

Tukar Password Penyata Bank OCBC

Anda juga boleh melakukan menukar password penyata bank OCBC online, ikuti langkah-langkahnya:

  1. Lawati pautan rasmi OCBC https://internet.ocbc.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Klik Confirm untuk sahkan Security Image dan Security Phrase.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, pilih Customer Service pada menu dibawah.
  8. Kemudian, pilih Change e-Statement Password.
  9. Pilih akaun pilihan Anda dengan mencentang kotak.
  10. Selesai.

Cara Dapatkan Penyata Bank OCBC Online

Selepas Anda mendaftar, ikuti langkah-langkah cara dapatkan penyata bank OCBC melalui online:

  1. Lawati pautan rasmi OCBC https://internet.ocbc.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Klik Confirm untuk sahkan Security Image dan Security Phrase.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, pilih Your Accounts di bawah menu.
  8. Kemudian, klik View e-Statements.
  9. Pilih Jenis Akaun Anda dan Bulan untuk diliat.
  10. e-Penyata Anda akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Itulah panduan lengkap cara cetak penyata bank OCBC melalui online, semoga membantu.