Cara Keluarkan Duit ASB

Sekiranya Anda adalah pemegang duit ASB di MyASNB, pada masa ini Anda boleh buat transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online.

Portal MyASNB memberikan kemudahan pengeluaran duit ASB secara online melalui beberapa langkah sahaja.

Berikut 2 cara keluarkan duit ASB secara online dan tanpa buku.Cara Keluarkan Duit ASB

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku

Ramai korang yang bertanya, bolehkah keluarkan wang ASB tanpa buku? Jawapanya tentu sahaja boleh.

Sudah sejak lama pihak ASB memberikan kemudahan pengeluaran duit ASB tanpa buku. Apa yang perlu disiapkan dan dibawa semasa melakukan pengeluaran duit ini dan dimana tempat untuk keluarkan wang ASB tersebut?

Anda hanya perlu membawa kad pengenalan atau IC sahaja, seterusnya sila pergi ke salah satu kaunter yang menjadi ejen ASB.

Berikut senarai ejen ASB:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic
  • Bank Muamalat
  • HongLeong Bank
  • HongLeong Islamic Bank
  • Bank Islam
  • AFFIN Islamic
  • POS Malaysia

Selepas Anda berada di salah satu ejen diatas, seterusnya ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Membawa IC.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Sila isi borang pengeluaran ASB dan isi 12 digit no akaun ASB Anda.
  4. Sekiranya Anda terlupa nombor akaun ASB, Anda boleh bertanya pada pegawai bertugas.
  5. Pengesahan cap jari diperlukan.
  6. Duit ASB yang Anda mahu keluarkan akan dimasukan ke bank pilihan Anda.
  7. Duit terus akan masuk dalam masa 24 jam untuk hari bekerja.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Sebagai makluman, sekarang Anda boleh mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online dengan cepat dan selamat.

Yang perlu Anda ketahui iaitu, terdapat had maksimum pengeluaran uang ASB ini. Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, sahaja.

Sementara, jumlah minimum untuk pengeluaran iaitu RM100. Anda dibenarkan untuk membuat transaksi pengeluaran duit ASB sebanyak 3 kali sebulan.

Anda boleh keluarkan duit ASB ini di pelbagai akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera dan pelbagai unit lain.

Langkah-langkah keluarkan duit ASB Online

  1. Pergi ke laman web rasmi www.myasnb.com.my
  2. Sila login.
  3. Klik menu Portfolio.
  4. Pilih pada Transaksi yang dikehendaki. Pilih Jualan Balik.
  5. √ tick kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.Keluarkan Duit ASB Online
  6. Masukkan jumlah duit yang ingin dikeluarkan (Minimum RM100 dan maksimum RM500). Klik butang Seterusnya.
  7. Sila semak semula butiran maklumat, pastikan betul.
  8. Klik permintaan TAC, klik Seterusnya.
  9. Masukkan kod atau nombor TAC.
  10. Proses transaksi keluarkan duit ASB online selesai.

Duit terus akan masuk dalam masa 24 jam untuk hari bekerja, ke akaun bank Anda.

Soalan Lazim Keluarkan Duit ASB

Selepas selesai buat jualan balik duit tu akan terus dimasukkan ataupun kena tunggu beberapa bulan?

Terus akan masuk dalam masa 24 jam untuk hari bekerja

Dah masuk 24 jam dari buat transaksi, duit belum dikreditkan lagi. Adakah yang lain mengalami masalah yang sama? adakah ia mengambil masa berhari?

Pastikan nombor akaun bank Anda betul, sekiranya yakin. Sila tunggu sahaja, duit tu pasti masuk.

Saya buka akaun ASB simpanan saya di pejabat pos. Bolehkah saya mengeluarkan wang simpanan asb saya di mana-mana bank ejen asnb?

Boleh je.