Cara Langgan Internet Digi Unlimited

Saya pelanggan baru simkad Digi, macam mana cara langgan internet Digi unlimited? Pakej Internet Digi unlimited adalah salah satu yang paling popular di Malaysia. Kerana, Digi menawarkan kelajuan internet yang cepat dan sambungan internet yang lebih stabil. Selain itu, terdapat banyak pilihan pakej internet Digi dari pakej harian, mingguan, hingga bulanan.

Satu lagi kelebihan Digi ialah sambungan internet Digi dapat sampai sehingga ke kampung terpencil. Dengan internet Digi, Anda boleh akses social media seperti Facebook, Youtube, Twitter, Instagram dan banyak lagi.

Lalu bagaimana langkah-langkah cara langgan Internet Digi Unlimited? Sila ikuti panduan di bawah.

Cara Langgan Internet Digi Unlimited

1. Cara Langgan Internet Digi Unlimited

Anda boleh dapatkan internet Digi Unlimited murah dengan cara berikut:

  1. Dial *128#
  2. Pilih 3. Internet.
  3. Pilih 3. Unlimited Cili Padi XL (One Time)
  4. Pilih Pakej Unlimited yang Anda inginkan.
  5. Misalnya, pilih 2. RM15 Unlimited Social + 3GB (30Days)
  6. Klik Send.
  7. Tahniah, langgan internet digi Unlimited Anda berjaya.

Mahu dapatkan internet data percuma dari Digi? Baca cara tebus internet free Digi.

2. Cara Langgan Internet Digi Unlimited Melalui MyDigi

Jika Anda mempunyai aplikasi MyDigi di handphone Anda, Anda boleh langgan kuota internet Digi tanpa had dengan cara di bawah ini.

  1. Buka aplikasi MyDigi Anda.
  2. Klik Buy Add-Ons.
  3. Pilih Pakej Unlimited yang Anda inginkan.
  4. Klik Charge To Account.
  5. Klik Confirm.
  6. Tahniah, langgan internet Digi Unlimited Anda berjaya.

3. FAQ Digi

Beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Digi:

1. Adakah pelan Prabayar NEXT dapat diperbaharui secara automatik?

Pelan Prabayar NEXT tidak boleh diperbaharui. Jadi, di hujung tempoh 30 hari, pelanggan tersebut mesti membuat pembelian semula untuk pelan Prabayar NEXT yang digemari.

2. Bolehkan On Demand Internet menambah tempoh sah?

Ya, On Demand Internet dilengkapi dengan Kekal Aktif dapat memanjangkan tempoh sah talian dan internet Anda.

3. Untuk Digi Prabayar NEXT, adakah bonus yang Anda boleh menikmati jika membuat isian semula?

Pelanggan Digi Prabayar NEXT akan mendapat 100 jam panggilan Digi ke Digi percuma setiap minggu dengan isian semula minimum RM10. Selain itu, Anda juga akan mendapat panggilan IDD sehingga 60 minit/minggu secara percuma.