Cara Langgan Internet Tune Talk

Bagaimana cara langgan internet Tune Talk? Tune Talk merupakan Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) yang telah banyak berkembang di Malaysia. Tune Talk juga menawarkan kadar panggilan rata yang rendah dan insentif kepada segmen pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan.

Tune Talk juga merupakan penyedia perkhidmatan aplikasi yang berlesen. Pelbagai pakej Internet juga ditawarkan oleh Tune Talk salah satunya adalah pelan langgan Internet Tune Talk harian, mingguan ataupun bulanan yang dapat Anda pilih.

Sekiranya Anda merupakan pelanggan baru Tune Talk dan belum mengetahui cara beli data internet Tune Talk, berikut kami kongsikan cara langgan internet Tune Talk pengguna prepaid dan postpaid.

Cara Langgan Internet Tune Talk

Ikuti langkah-langkah mudah cara langgan internet Tune Talk di bawah ini:

  1. Dail *111#
  2. Pilih 3. Data Plan
  3. Pilih Pakej yang Anda inginkan. Misal, 3. Monthly
  4. Pilih Pakej Langganan bulanan yang Anda inginkan. Misal, 4. M6 @RM28.00
  5. Pilih 1. Confirm untuk meneruskan langgan Internet.
  6. Tunggu beberapa saat.
  7. Selesai.

Nota: Sila check baki Tune Talk Anda terlebih dahulu untuk pastikan bahawa Anda mempunyai baki kredit yang cukup.

Cara Langgan Internet Tune Talk Melalui Aplikasi Tune Talk

Pastikan Anda telah mempunyai aplikasi Tune Talk di telefon bimbit Anda, sekiranya Anda telah muat turun aplikasi Tune Talk di Google Play Store/App Store. Sila ikuti panduan di bawah ini:

  1. Buka aplikasi Tune Talk Anda.
  2. Pastikan baki kredit Anda cukup untuk melanggan Internet.
  3. Pada bahagian kanan bawah, klik logo +
  4. Kemudian, klik Subcription.
  5. Pilih Jenis Pakej yang Anda inginkan (daily, weekly atau monthly)
  6. Misal, pilih Monthly.
  7. Pilih Pakej Internet Langgan yang Anda inginkan dan Klik Pakej tersebut.
  8. Selesaikan pembayaran Anda sehingga berjaya.
  9. Selesai.

Jika Anda mahu, Anda boleh buat pinjaman kredit di Tune Talk, sila baca panduan cara pinjam kredit Tune Talk.

FAQ Tune Talk

Soalan lazim yang berkaitan dengan Tune Talk:

1. Adakah terdapat jumlah tambah nilai minimum untuk memastikan akaun saya aktif?

Jumlah minimum untuk menambah nilai ialah RM5. Tune Talk mengesyorkan menambah nilai kredit Anda sebelum tambah nilai semasa Anda tamat tempot supaya Anda boleh memastikan akaun Anda aktif.

2. Adakah saya dikenakan Caj jika saya memilih salah satu perkhidmatan di dalam *888#?

Pengguna akan dikenakan bayaran sebaik sahaja mereka mengesahkan bahawa mereka ingin melanggan perkhidmatan tersebut dan menerima SMS pengesahan.

3. Bolehkah saya Unsubscribe Roaming Pass? apa yang mesti saya lakukan jika saya tidak ingin lagi mendapat akses Roaming Pass?

Tidak, Roaming Pas akan tamat tempoh secara automatik jika tempoh sah tamat.