Cara Login BSN Online

Posted on

Ramai korang yang tertanya-tanya macam mana cara login BSN online? BSN online merupakan perkhidmatan perbankan online yang dilancarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membantu memudahkan setiap pelanggan membuat transaksi perbankan secara talian.

BSN online banking atau dikenali juga sebagai myBSN membolehkan pelanggan membuat aktiviti perbankan seperti semak baki akaun BSN, pembayaran bil, print penyata bank BSN, transfer dan banyak lagi.

MyBSN juga dapat di akses dimana sahaja selama 24 jam. Bagi Anda yang ingin melakukan pelbagai transaksi di MyBSN Anda mesti login terlebih dahulu. Di bawah ini adalah panduan cara login myBSN online banking.

Cara Login BSN Online

Cara Login BSN Online

Anda mesti mempunyai akaun myBSN terlebih dahulu. Sila baca langka-langkah cara daftar BSN online banking. Jika sudah mempunyai akaun BSN online banking boleh mengikuti panduan berikut ini.

  1. Lawati pautan rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Klik Yes untuk sahkan security image Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas login, masukkan semua maklumat yang mesti diisi. Maklumat Login
  8. Sila isikan semua maklumat.
  9. Klik Next.
  10. Pada Secret Question 1,2, dan 3 sila pilih soalan rahsia yang Anda inginkan. Secret Question BSN
  11. Masukkan jawapan soalan tadi pada Secret Answer 1,2, dan 3.
  12. Klik Submit.
  13. Anda berjaya login MyBSN.
  14. Kini Anda dapat melakukan pelbagai transaksi.
  15. Selesai.

Sila cuba semak baki akaun BSN secara online untuk melihat baki akaun terkini.

FAQ BSN

Soalan lazim mengenai Bank Simpanan Nasional:

1. Bagaimana saya semak sejarah transfer dana saya?

Selepas Anda login, pergi ke Account Overview dan klik pada preferred account. Kemudian, klik pada View MyBSN Transaction History. Anda akan dapat melihat pembayaran yang dibuat selama 60 hari terakhir.

2. Mengapa saya memerlukan TAC?

TAC diperlukan untuk transaksi tertentu sebagai lapisan keselamatan tambahan. Ini berfungsi bagi melindungi Anda daripada akses ke akaun Anda tanpa izin. Anda mesti memastikan bahawa Anda hanya mendaftarkan nombor handphone Anda sendiri untuk tujuan TAC. Jangan mendaftarkan nombor handphone orang lain.

3. Berapa lama masa yang diperlukan untuk pemindahan dana ke akaun bank lain?

Sama seperti perkhidmatan IBG lain, dana akan dianggap berjaya dipindahkan dalam masa 3 hari bekerja.

4. Jika saya menghadapi masalah untuk login, apa yang mesti saya lakukan?

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di  1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara). BSN sedia melayani Anda 24 jam sehari.

5. Adakah terdapat caj untuk menggunakan myBSN?

Sama sekali tidak ada. Percuma.

Diharapkan yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.