Di Malaysia terdapat banyak syarikat pemberi pinjaman wang, tapi tahukah Anda bahawa sekarang ini banyak juga yang menawarkan pinjaman peribadi dengan skim terbaik? Pembiayaan Peribadi i-Cash AEON adalah pembiayaan Islam tidak bercagar yang tidak memerlukan sebarang cagaran dan merupakan salah satu syarikat pemberi pinjaman terbaik.
Pembiayaan peribadi i-Cash AEON menggunakan konsep syariah iaitu konsep tawarruq. Kelayakan dan dokumen sokongan yang mesti Anda sediakan sebelum Anda mohon pinjaman di AEON tidaklah sulit sehingga ramai orang yang berjaya dapatkan pinjaman peribadi AEON Credit.
Sila ikuti panduan cara mohon pinjaman peribadi AEON di bawah ini.
Kelayakan Mohon Pinjaman Peribadi AEON
Beberapa kelayakan bagi Anda yang ingin mohon pinjaman peribadi AEON:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun sehingga 65 tahun
- Pendapatan kasar minimum RM1500 diperlukan berkuat kuasa 1 Februari 2019
- Pinjaman minimum ialah RM1000 dengan maksimum RM100,000
Dokumen Mohon Pinjaman Peribadi AEON
Dokumen yang mesti Anda sediakan sebelum mohon pinjaman peribadi AEON:
1. Penghasil Pendapatan Tetap dan Penghasil Pendapatan Boleh Ubah
- Salinan Kad Pengenalan (depan belakang)
- Penyata KWSP terkini (dinasihatkan untuk mencetak di kaunter ACS atau Kios) atau
- Slip Gaji 3 bulan terkini/Slip Gaji 6 bulan (untuk kakitangan tidak tetap atau berasaskan komisen)
- Penyata akaun bank 3 bulan/6 bulan terkini (untuk kakitangan tetap atua berasaskan komisen) untuk mengesahkan pendapatan yang dikreditkan ke dalam akaun.
- Buku simpanan akaun bank atau penyata bank (untuk tujuan pengesahan)\Borang BE terkini dan resit pembayaran Cukai (pilihan)
2. Jika Bekerja Sendiri:
- Salinan Kad Pengenalan (depan belakang)
- Sijil Pendaftaran Perniagaan Syarikat (ROC & ROB)/Borang9/24/49 atau borang D, dan 6 bulan terkini penyata akaun semasa prinsip Syarikat, sama ada atau
- Kemas kini terkini buku simpanan akaun simpanan bank atau penyata bank, sama ada atau
- Borang B/E dan resit pembayaran Cukai terkini.
Cara Mohon Pinjaman Peribadi AEON
Sila ikuti panduan cara mohon pinjaman peribadi AEON:
- Lawati pautan rasmi AEON https://www.aeoncredit.com.my
- Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
- Klik Teruskan.
- Pilih Gelaran Anda.
- Masukkan Nama Penuh Anda mengikut kad pengenalan.
- Masukkan Alamat E-mel Anda.
- Masukkan Maklumat Perhubungan Kontak.
- Klik Teruskan.
- Masukkan Maklumat Anda secara details.
- Klik Teruskan.
- Masukkan Maklumat Pekerjaan Anda secara details.
- Klik Teruskan.
- Masukkan Maklumat Keluarga terdekat Anda.
- Klik Teruskan.
- Isikan maklumat mengenai mengapa Anda ingin mohon AEON.
- Pilih Jumlah yang dikehendaki.
- Kemudian, pilih Istallment Period ialah tempoh bayaran balik.
- Klik Teruskan.
- Pada bahagian Auto Debit, pilih bank untuk bayar hutang personal loan AEON Credit secara automatik. Ini bermakna, Anda tidak mesti masukkan duit ke ATM untuk bayar hutang. Duit dalam akaun ini akan ditolak secara automatik tiap bulan.
- Masukan Nama dan Nombor akaun Auto Debit.
- Klik Teruskan.
- Pada bahagian Financing Account Information, pilih bank untuk disburse atau dimasukkan duit personal loan AEON Credit selepas diluluskan.
- Masukkan Nama dan Nombor akaun Bank.
- Seterusnya, klik Teruskan.
- Klik Yes, I agree to the disbursement of the Financing Amount through AEON Member Plus Visa Card (AMP).
- Klik Teruskan.
- Ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga berjaya.
- Selesai.
Selepas Anda berjaya dapatkan pinjaman AEON, sila baca panduan cara bayar AEON Credit melalui online, agar Anda dapat jimatkan masa.
Mudah sahaja jika Anda mengikuti langkah-langkah di atas dengan teliti. Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda.