Cara Semak Bil TM Unifi Streamyx

Sebab orang menggunakan pemasangan wifi di rumah adalah untuk menjadi lebih produktif di rumah, menyimpan lebih banyak kuota internet di telefon bimbit atau hanya untuk menghilangkan keletihan.

Banyak pembekal menyediakan perkhidmatan pemasangan wifi di rumah pada masa ini. Bukan sahaja menyediakan pemasangan wifi di rumah, tetapi jika Anda membeli pakej Anda juga mendapat pemasangan TV kabel dengan harga lebih murah.

Satu penyedia yang menyediakan perkhidmatan ini adalah TM (Telekom Malaysia) dengan Unifi. Jika Anda menggunakan Unifi, adakah Anda tahu cara menyemak bil untuk Unifi Anda?

Sekarang Unifi menyediakan cara yang lebih mudah untuk memeriksa bil Unifi secara online untuk pelanggan yang ingin mengetahui jumlah bil untuk pengguna Unifi.

Cara Semak Bil TM Unifi Streamyx
Cara Semak Bil TM Unifi Streamyx

Cara Semak Bil TM

Anda boleh terus mengunjungi laman web https://unifi.com.my personal dan ikuti langkah berikut ini:

  1. Untuk menyemak bil Unifi Streamyx Online TM di laman web unifi.com.my, Anda akan diminta membuat akaun terlebih dahulu. Caranya mudah je klik pada tulisan log in (jika telah mempunyai akaun) dan register untuk yang baru mempunyai akaun.
  2. Selepas mengklik pendaftaran, isikan borang/form yang disediakan.
  3. Setelah mendaftar, Anda akan segera dihantar e-mel pengesahan akaun secara langsung oleh TM. Sahkan akaun Anda dengan mengklik pautan dalam e-mel.
  4. Selepas mengklik pautan dalam e-mel masukkan username dan password kemudian enter.
  5. Setelah Anda login, klik bahagian E Bills.

    Cara Semak Bil TM
    Cara Semak Bil TM
  6. Senarai bil akan dipaparkan. Anda boleh download bil tersebut dengan klik pada pautan tertulis PDF Bill.

Cara Bayar Bil TM Online

Kini Anda tidak perlu repot meninggalkan rumah untuk membayar bil TM, Anda boleh bayar langsung secara Online.

  1. Login ke https://unifi.com.my
  2. Klik bahagian Payment.
  3. Selain bil-bil terdahulu, bil terbaru akan di paparkan.
  4. Klik Pay Now dan Anda akan di bawa ke bahagian pembayaran secara online.
  5. Pilih saluran pembayaran yang Anda mahu.
  6. Bayar jumlah bil yang terpapar dan setelah pembayaran berjaya Anda akan kembali ke unifi.com.my.

Tak ingat password Unifi dan Streamyx ? Baca cara tukar password Unifi dan Streamyx mudah dan cepat.

Cara Bayar Unifi Melalui JomPAY Cimb Clicks

Untuk pengguna cimb clicks, silahkan ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Login http://www.cimbclicks.com.my
  2. Masukkan username dan password
  3. Klik Pay & Transfer
  4. Pilih JomPAY

    Bayar Unifi
    Bayar Unifi
  5. Masukkan Biller Code (8888) Lihat gambar. Lepas tu masukkan Ref 1 (no acc) dan Ref 2. Ref tengok pada bil unifi. Ref 2 boleh diabaikan.
  6. Masukkan jumlah amaun yang mahu dibayar
  7. Masukkan nombor TAC dan status successfull

Jika Anda mahu, tambahkan bil online Unifi ke favourite. Supaya bulan depan tak perlu bersusah-payah nak taip no akaun.

Cara Bayar Unifi Melalui Maybank2u

Cara Bayar Unifi Melalui Maybank2u
Cara Bayar Unifi Melalui Maybank2u

Untuk pengguna Maybank2u, silahkan Anda ikuti langkah di bawah :

  1. Login maybank2u www.maybank2u.com.my
  2. Lepas tu klik quick link bill payment
  3. Klik JomPay
  4. Pilih One Off payment
  5. Masukkan jumlah amaun yang mahu dibayar, masukan juga biller code dan Ref-1 seperti di dalam bil

Simple je dan banyak pilihan kan ? Yang penting iaitu nombor kad pengenalan dan email. Pastikan alamat email Anda betul kerana bil terkini TM akan dihantar melalui email.

Related Posts

Leave a Comment