Cara Share Kredit U Mobile

Mahu berkongsi kredit U Mobile tetapi tidak tahu caranya? Santai je, tidak lama lagi Anda akan mengetahui cara mudah transfer kredit U Mobile terbaru. Pemindahan kredit sendiri boleh dilakukan kepada rakan-rakan pengguna U Mobile.

U Mobile adalah salah satu penyedia yang telah lama ada di perkhidmatan telekomunikasi Malaysia. U Mobile sendiri adalah salah satu penyedia yang paling disukai di Malaysia. Kerana pelbagai pakej yang disediakan oleh U Mobile sangat lengkap dan tentunya pada harga yang murah.

Di samping itu, U Mobile juga mempunyai banyak ciri di dalamnya yang boleh digunakan oleh pengguna untuk memudahkan keperluan komunikasi.

Cara Share Kredit U Mobile
Cara Share Kredit U Mobile

Sebelum membincangkan cara share kredit U Mobile. Adalah baik untuk mengetahui terlebih dahulu pelbagai terma dan syarat yang dikenakan oleh U Mobile, supaya proses pemindahan kredit berjalan dengan lancar.

Terma dan Syarat Share Credit U Mobile

  1. CreditShare adalah perkhidmatan pemindahan kredit yang hanya tersedia untuk pelanggan Prabayar U Mobile.
  2. Penerima dibenarkan untuk menerima transfer kredit maksimum RM100 sebulan bagi setiap nombor. Kredit yang diterima di bawah perkhidmatan ini tidak boleh dipindahkan.
  3. Anda tidak akan dikenakan bayaran apabila Anda meminta kredit. Walau bagaimanapun, penghantar akan dikenakan bayaran RM0.50 dan penerima akan dikenakan bayaran RM0.20 bagi setiap pemindahan yang berjaya.
  4. Biaya perkhidmatan akan dikenakan selepas setiap transaksi berjaya : (Pengirim – RM0.50 dan Penerima – RM0.20).
  5. Anda dibenarkan transfer kredit dengan yuran maksimum RM100 sebulan. Jumlah minimum untuk transfer kredit ialah RM1. Jumlah maksimum harian pemindahan kredit ialah RM10 bagi setiap telefon bimbit per setiap transaksi atau maksimum 10 transaksi/urusniaga sehari, yang mana lebih awal.
  6. Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk meminta atau memindahkan kredit melalui SMS apabila Anda berada di Malaysia. Walau bagaimanapun, Anda akan dikenakan bayaran jika Anda menggunakan perkhidmatan CreditShare semasa roaming. Yuran/biaya bergantung kepada negara dan pengendali roaming yang Anda pilih.

Jumlah kredit yang boleh request dan transfer.

Amaun Tempoh Kesahan
RM1 1 day
RM3 3 days
RM5 5 days
RM10 7 days

Selepas Anda membaca dan memahami terma dan syarat diatas. Seterusnya ialah cara share kredit U Mobile 2019 plus gambar. Terdapat beberapa cara yang boleh Anda gunakan:

Share Kredit Melalui UMB

Share Kredit U Mobile Melalui UMB
Share Kredit U Mobile Melalui UMB
  1. Dial *118*3*7# untuk melakukan transfer/meminta kredit.
  2. Masukkan nombor atau pilih dari senarai nombor paling terkini yang ingin Anda transfer kredit.
  3. Masukan jumlah amaun yang mahu di transfer.
  4. Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.

Share Kredit Melalui MyUmobile App

Transfer Kredit U Mobile Melalui MyUmobile App
Transfer Kredit U Mobile Melalui MyUmobile App
  1. Buka aplikasi MyUmobile, lepas tu masuk ke balance.
  2. Pilih CreditShare.
  3. Tap pada Credit Transfer, masukan jumlah amaun dan masukan nombor yang mahu Anda kirim, lalu tap Transfer Credit.
  4. Anda akan menerima mesej pengesahan, tap Proceed.
  5. Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.

Credit Request U Mobile Melalui MyUmobile App

Download aplikasi MyUmobile di playstore. Aplikasi ini lengkap betul, Anda bisa top up U Mobile mudah dan cepat.

  1. Buka aplikasi MyUmobile, lepas tu masuk ke balance.
  2. Pilih CreditShare.
  3. Tap pada Credit Request, masukan jumlah amaun dan masukan nombor yang mahu Anda kirim, lalu tap Request Credit.
  4. Anda akan menerima mesej pengesahan, tap Proceed.
  5. Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.

Transfer Credit U Mobile Melalui Website

  1. Log in di Self Care Umobile.
  2. Di bawah CreditShare pilih Transfer Credit.
  3. Masukan jumlah amaun dan masukan nombor yang mahu Anda kirim, lalu tap Transfer Credit.
  4. Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.

Transfer Kredit Melalui SMS

Cara Share Kredit U Mobile Melalui SMS
Cara Share Kredit U Mobile Melalui SMS
  1. Taip SMS TR<space>amaun<space>nombor penerima hantar ke 28166
  2. Pastikan betul amaun dan nombor penerima.
  3. Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.

Jika mahu request credit, taip RQ<space>amaun<space>nombor penerima hantar ke 28166

Itulah beberapa cara mudah dan cepat untuk melakukan transfer pulsa U Mobile. Mudah-mudahan bisa membantu Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *