Renew Lesen Memandu Online

Setiap pemandu kenderaan bermotor, sama ada roda dua atau roda empat yang berusia lebih dari 17 tahun, perlu memiliki lesen memandu.

Lesen memandu harus diperbaharui sebelum tempoh aktifnya berakhir. Sekiranya Anda terlambat renew lesen memandu, Anda akan terkena denda lewat renew lesen memandu.

Oleh itu, penting bagi Anda untuk melakukan semakan tarikh luput lesen memandu sehingga Anda mengetahui tarik luput lesen memandu yang Anda punya.

Sekarang Anda tak payah beratur panjang-panjang kat JPJ, sebab perbaharui lesen memandu boleh dilakukan secara online.

Renew Lesen Memandu Online

Denda Lewat Perbaharui Lesen Memandu

Berikut adalah maklumat denda renew lesen memandu.

TempohHarga
1 TahunRM30
2 TahunRM60
3 TahunRM90
4 TahunRM120
5 TahunRM150

Cara Renew Lesen Memandu mySIKAP

Sila mendaftar di portal mySIKAP untuk renew lesen memandu online, sekiranya pendaftaran berjaya seterusnya ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Buka laman portal mySIKAP.
  2. Klik Tab/Menu Lesen Memandu.
  3. Klik Pembaharuan Lesen Memandu.
  4. Skrin Permohonan Pembaharuan Lesen akan dipaparkan, sila klik Jenis Lesen dan Tempoh melalui drop down list. Klik Cari.
  5. Maklumat detail lesen akan dipaparkan, sila klik Bayar untuk meneruskan transaksi.
  6. Pilih kaedah pembayaran yang Anda mahu. Klik Bayar.Cara Renew Lesen Memandu mySIKAP
  7. Klik Teruskan untuk meneruskan transaksi mengikut kaedah pembayaran yang Anda pilih.

Cara Renew Lesen Memandu MYEG

Sila mendaftar di portal MYEG untuk perbaharui lesen memandu secara online, sekiranya pendaftaran berjaya seterusnya ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Log masuk MYEG.
  2. Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan.
  3. Pilih Driving License Renewal.
  4. Masukkan maklumat Anda seperti No KP, Kategori, Tarikh Luput, Tempoh Pembaharuan, No Telefon Bimbit, Email dan Kaedah Pengambilan.Cara Renew Lesen Memandu MYEG
  5. Sekiranya semua maklumat tersebut telah Anda isi, sila klik Submit/Hantar.
  6. Maklumat yang sebelumnya Anda isi akan dipaparkan untuk tujuan pengesahan, dan Anda telah pastikan bahawa data tersebut betul. Jika terdapat kesalahan, sila klik Back/Kembali. Jika tidak ada, sila klik Proceed/Teruskan.Renew Lesen Memandu MYEG
  7. Pilih kaedah pembayaran yang Anda mahukan. Jika mahu melakukan pembayaran melalui online banking sila pilih Other Payments.
  8. Senarai bank yang menyokong pembayaran MYEG iaitu AMBank, HLB, RHB, Maybank2u, Bank Islam, CIMB dan bank lain-lain.Cara Bayar Denda Lesen Memandu Tamat Tempoh
  9. Jika pembayaran Anda berjaya, Anda akan menerima pengesahan bayaran oleh MYEG untuk pembaharuan lesen memandu Anda.
  10. Anda akan menerima lesen memandu baru dalam masa 1-2 hari bekerja.
  11. Sekiranya lesen memandu baru belum Anda terima lebih dari 3 hari. Sila hubungi 03-7801 8888 atau email help@myeg.com.my untuk menanyakan status lesen memandu Anda.

Perkhidmatan diatas memang mengambil masa, tapi Anda tak payah beratur panjang-panjang kat JPJ.

FAQ Perbaharui Lesen Memandu

Kalau Saya di Luar Negara Macam Mana?

Jika Anda sedang berada di luar negara, Anda tetap boleh melakukan renew secara online. Walau bagaimanapun, kad lesen memandu akan dihantar ke alamat rumah Anda.

Lesen Memandu Tamat Tempoh Lebih 1, 2, 3, 4, 5 Tahun

Permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh boleh dilakukan melalui online, bersurat atau hadir sendiri ke Pejabat JPJ Negeri/Cawangan sahaja.

Lesen Apa Sahaja Yang Boleh di Renew Secara Online?

Lesen CDL, VDL, IDP dan PDL boleh di renew.

Related Posts

Leave a Comment