Semak Baki Akaun OCBC Online

Membuka akaun bank OCBC sememangnya sangat mudah untuk bakal pelanggan. Selepas berjaya mendaftar atau membuka akaun simpanan, ia boleh digunakan terus untuk membuat pelbagai transaksi.

Seperti top up, pembayaran, pemindahan, pengeluaran tunai dan lain-lain melalui perkhidmatan OCBC Malaysia Mobile Banking. Semestinya, semakan baki adalah perkara utama yang mesti dilakukan oleh pelanggan OCBC sama ada baki simpanan mencukupi untuk transaksi atau tidak.

Jadi, macam mana cara semak baki akaun OCBC online, apa perlu saya buat? Di bawah ini kami kongsikan langkah-langkah cara check baki akaun OCBC melalui online.

Semak Baki Akaun OCBC Online

Semak Baki Akaun OCBC Online

Sebelum dapat melakukan semakan baki OCBC secara online, Anda mestilah mempunyai akaun profil OCBC internet banking atau OCBC online banking, sila baca panduan cara daftar OCBC online banking terlebih dahulu. Selepas itu ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk log masuk akaun OCBC dan menyemak baki OCBC:

  1. Lawati pautan rasmi OCBC https://internet.ocbc.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Klik Confirm untuk sahkan Security Image dan Security Phrase.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik Account Overview.
  8. Maklumat baki akaun Anda akan dipaparkan secara detail.
  9. Selesai.

Semakan Baki Akaun Melalui Aplikasi OCBC Mobile Banking

Pastikan Anda telah muat turun aplikasi OCBC mobile banking di Google Play Store/App Store secara percuma. Selepas muat turun buat pendaftaran, lalu ikuti langkah-langkah cara login OCBC online banking di bawah ini:

  1. Buka aplikasi OCBC Mobile Banking Anda.
  2. Masukkan Access Code dan PIN.
  3. Klik Login.
  4. Selepas Anda login, klik What you have.
  5. Pilih akaun yang ingin Anda semak.
  6. Paparan baki akaun Anda akan tertera di skrin.
  7. Selesai.

Check Baki Akaun OCBC Melalui ATM

Anda juga dapat semak baki akaun OCBC melalui ATM, berikut cara-caranya:

  1. Sila pergi ke mesin ATM OCBC yang berdekatan.
  2. Masukkan Kad ATM ke slot yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  4. Masukkan PIN ATM Anda.
  5. Seterusnya, klik Urus Niaga Lain.
  6. Klik Maklumat Baki.
  7. Maklumat baki Anda akan dipaparkan secara detail.
  8. Selesai.

FAQ OCBC

Berikut beberapa soalan lazim mengenai OCBC

1. Bolehkah pembayaran Bil melalui JomPAY?

Urus niaga pembayaran bil melalui JomPAY dikenakan Tempoh Pembayaran Standard JomPAY yang dikeluarkan oleh MyClear.

2. Berapakah Had Pengeluaran OCBC ?

Had pengeluaran tunai tempatan dan luar negara ialah RM300, RM1,000, RM2000, RM3,000 atau RM5,000 sehari bergantung kepada had harian yang telah Anda daftarkan.

3. Berapakah Fees dan Charges bila mengakses OCBC online banking?

Perbankan Online adalah percuma. Namun, bayaran transaksi biasa untuk beberapa perkhidmatan perbankan mungkin dikenakan.