Semak Baki Akaun Public Bank

Public Bank adalah syarikat perbankan Malaysia yang mempunyai banyak pelanggan. Ramai rakyat Malaysia mempercayai Public Bank untuk menguruskan kewangan mereka.

Public Bank adalah salah satu bank yang mempunyai beberapa perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya.

Selain buku bank, kad ATM dan PBe online, Public Bank mempunyai ciri perkhidmatan Mobile Banking yang menggunakan Pbe mobile atau PB Engage.

Perkhidmatan PBe online boleh digunakan di mana sahaja dan bila-bila masa untuk pelbagai transaksi seperti bayar bill, transfer duit, topup, bayar ansuran dan lainnya. Berbeza sangat dengan buku bank dan kad ATM yang memerlukan pelanggan datang ke tempat transaksi.

Adakah Anda sudah mempunyai akaun PBe online? sekiranya Anda belum mempunyai akaun Public Bank online, sila lihat panduan cara daftar Public Bank online.

Semak Baki Akaun Public Bank Melalui Online

Semak Baki Akaun Public Bank

Ramai yang tak tahu bahawa untuk cek baki akaun Public Bank boleh dilakukan secara online melalui perkhidmatan internet banking. Untuk itu, kami syorkan Anda untuk segera register Public Bank online.

Jadi tak payah beratur di cawangan bank atau mesin ATM hanya untuk sekadar semak baki akaun Public Bank.

Berikut adalah langkah-langkah cara check baki akaun Public Bank melalui online.

Semak Baki Akaun Public Bank Melalui Online

Sila gunakan laptop, komputer atau handphone Anda untuk mencuba semak baki secara online.

  1. Buka link https://www.pbebank.com
  2. Klik Login > PBeSemak Baki Akaun Public Bank
  3. Masukkan User ID, klik Next.Semak Baki Akaun Public Bank Online
  4. Masukkan Password, klik Login.
  5. Selepas berjaya masuk, sila klik menu My Accounts untuk melihat baki akaun Anda.

Check Baki Akaun Public Bank Melalui PB Engange

Check Baki Akaun Public Bank Online

Aplikasi PB Engange dapat Anda download atau muat turun di Google Playstore dan App Store. Setelah aplikasi di handphone Anda, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi PB Engage.
  2. Masukkan User ID dan Password Anda.
  3. Tap menu Accounts untuk melihat baki akaun Anda.

Cek Baki Akaun Public Bank Melalui ATM

Boleh jadi, ada diantara kita yang tidak tahu cara cek baki akaun melalui ATM. Berikut langkah-langkah cek baki akaun Public Bank melalui ATM.

  1. Pergi ke mesin ATM Public Bank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN
  3. Tekan menu Balance Inquiry untuk melihat baki Anda.

Itulah pelbagai cara cek baki Public Bank yang boleh Anda cuba. Semoga perkongsian ini boleh bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *