Semakan Penyata Gaji Secara Online

e-Penyata Gaji & Laporan merupakan perkhidmatan online oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk memberi kemudahan kepada Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk melakukan semakan, mengakses, mencetak slip penyata gaji dan muat turun laporan dengan mudah dan cepat.

Sistem e-Penyata online JANM ini juga akan menjimatkan masa, kos, serta menjadikan urusan lebih efisyen. Berikut adalah senarai maklumat perkhidmatan e-Penyata Gaji & Laporan.

Semakan Penyata Gaji Secara Online

Manfaat Slip Gaji

Slip gaji yang diterima oleh pekerja mempunyai beberapa kegunaan yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Berikut adalah beberapa penggunaan slip gaji.

  • Sebagai rujukan semasa melamar pekerjaan baru.
  • Untuk memohon pinjaman wang.
  • Sebagai permohonan gadai janji untuk membeli rumah.
  • Mengisi maklumat persekolahan.
  • Dan lain-lain.

Cara Daftar e-Penyata Gaji Online

Sebelum mendaftar kepada sistem e-Penyata Gaji & Laporan online, Anda perlu menyediakan beberapa maklumat penyokong seperti berikut:

  • No. Kad Pengenalan/No. Pasport
  • Alamat email aktif.
  • No. telefon aktif.
  • No. Gaji.

Selepas Anda memenuhi dokumen diatas, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Buka laman e-Penyata Gaji & Laporan
  2. Klik Pertama Kali Mendaftar.
  3. Skrin Pendaftaran Pengguna Baru berikut akan dipaparkan.Cara Daftar e-Penyata Gaji Online
  4. Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK.
  5. Sila klik Daftar Masuk.
  6. Masukkan no KP dan kata laluan klik butang daftar Masuk.
  7. Sila kemaskini Profil Anda, masukkan no HP/telefon dan alamat email bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.Kemas Kini Penyata Gaji Online
  8. Pilih cara menerima notifikasi perubahan kata laluan, klik Kemaskini.
  9. Klik pada butang Keluar sekiranya ingin keluar dari sistem.

Semakan Penyata Gaji Secara Online

Setelah berjaya daftar masuk, sekarang Anda boleh membuat semakan penyata gaji secara online dengan cara yang dipaparkan dibawah ini.

  1. Log masuk e-Penyata Gaji & Laporan.
  2. Klik menu Sendiri untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
  3. Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang Cari.Muat Turun Penyata Gaji Online
  4. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji. Kemudian Anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer Anda.
  5. Klik pada butang Keluar sekiranya ingin keluar dari sistem.

Aplikasi ePayslip JANM

Aplikasi ePayslip JANMAplikasi ePayslip JANM adalah aplikasi yang dilancarkan oleh pihak JANM yang dapat Anda muat turun di Google Playstore (Android) atau App Store (iOS) secara percuma.

Aplikasi ePayslip JANM dapat Anda gunakan untuk:

  • Muat turun penyata gaji bulanan dan tahunan.
  • Update atau kemaskini Profil pengguna (email dan nombor telefon).
  • Menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat.
  • Menjana penyata gaji bagi ujuan pinjaman kewangan.

Cara Daftar Epayslip JANM

Sila muat turun aplikasi ePayslip JANM terlebih dahulu. Seterusnya instal aplikasi tersebut di handphone Anda.

  1. Buka aplikasi ePayslip JANM di handphone Anda.
  2. Klik Pertama Kali Mendaftar.
  3. Skrin Pendaftaran Pengguna Baru akan dipaparkan.
  4. Masukkan No Kad Pengenalan, No Gaji, Kata Laluan dan maklumat lain yang diberi tanda * dengan betul.
  5. Selepas selesai mendaftar, sekarang Anda boleh gunakan aplikasi ePayslip JANM untuk menyemak laporan gaji.

Cara Semak Penyata Gaji JANM

  1. Buka aplikasi ePayslip JANM.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan, tekan Masuk.
  3. Tekan menu Sendiri untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.

Bagi melihat laporan di HP Anda di syorkan untuk memasang aplikasi PDF pada handphone Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *