Cara Pinjam Kredit Celcom

Credit Advance merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan prabayar Celcom apabila mereka telah mencapai ambang baki kredit minimum. Celcom juga mungkin menawarkan kepada pelanggan untuk menerima pendahuluan kredit RM2 secara automatik jika baki kredit mereka mencapai ambang minimum RM0.50.

Untuk menerima pendahuluan kredit secarra automatik, pelanggan perlu membalas OK kepada 22262.

Jadi macam mana cara pinjam kredit Celcom? berikut kami kongsikan cara pinjam kredit SOS Celcom.

Cara Pinjam Kredit Celcom

1. Kelayakan Pinjam Kredit Celcom

Semua pelanggan Credit Advance yang layak akan menerima SMS dibawah ini:

1. Pendahuluan Kredit untuk ambang baki kredit minimum

Credit Advance TypeSMS
Credit Advance RM1RM0 Kekurangan kredit? Dapatkan Credit Advance RM1. Untuk terima, sila balas YES dan RM0.75 akan dikreditkan ke akaun anda. Caj servis RM0.25 dikenakan
Credit Advance RM2RM0 Kekurangan kredit? Dapatkan Credit Advance RM2. Untuk terima, sila balas YES dan RM1.40 akan dikreditkan ke akaun anda. Caj servis RM0.60 dikenakan
Credit Advance RM5RM0 Kekurangan kredit? Dapatkan Credit Advance RM5. Untuk terima, sila balas YES dan RM4.20 akan dikreditkan ke akaun anda. Caj servis RM0.80 dikenakan
Credit Advance RM10RM0 Kekurangan kredit? Dapatkan Credit Advance RM10. Untuk terima, sila balas YES dan RM8.50 akan dikreditkan ke akaun anda. Caj servis RM1.50 dikenakan

2. Pendahuluan Kredit untuk Pelan MI

Credit Advance TypeSMS
Credit Advance RM1RM0 Kekurangan Data? Dapatkan Credit Advance RM1 untuk pembelian internet kuota mingguan XX. Untuk terima, sila balas YES dan RM0.75 akan dikreditkan ke akaun anda. Caj servis RM0.25 dikenakan
Credit Advance RM2RM0 Kekurangan Data? Dapatkan Credit Ad-vance RM2 untuk pembelian internet kuota mingguan XX. Untuk terima, sila balas YES dan RM1.40 akan dikreditkan ke akaun anda. Caj servis RM0.60 dikenakan
Credit Advance RM5RM0 Kekurangan Data? Dapatkan Credit Ad-vance RM5 untuk pembelian internet kuota mingguan XX. Untuk terima, sila balas YES dan RM4.20 akan dikreditkan ke akaun anda. Caj servis RM0.80 dikenakan
Credit Advance RM10RM0 Kekurangan Data? Dapatkan Credit Ad-vance RM10 untuk pembelian internet kuota mingguan XX. Untuk terima, sila balas YES dan RM8.50 akan dikreditkan ke akaun anda. Caj servis RM1.50 dikenakan

2. Cara Pinjam Kredit Celcom

Cara pinjam kredit Celcom melalui USSD/dail.

  1. Dail *118#
  2. Pilih 7. Credit Advance
  3. Pilih 1. Get Credit Advance
  4. Pilih 1. Terima
  5. Tunggu beberapa detik untuk dapatkan SMS pengesahan.
  6. Selesai.

Baca juga cara share kredit Celcom.

3. Cara Meminta Pendahuluan Kredit

Anda boleh meminta pendahuluan kredit dengan Keyword di bawah ini:

Type of Credit AdvanceSMS Keyword
Credit Advance RM1SMS ADV1 to 22262
Credit Advance RM2SMS ADV2 to 22262
Credit Advance RM3SMS ADV3 to 22262
Credit Advance RM4SMS ADV4 to 22262
Credit Advance RM5SMS ADV5 to 22262
Credit Advance RM7SMS ADV7 to 22262
Credit Advance RM10SMS ADV10 to 22262

Contoh: Taip ADV1 hantar ke 22262

4. Mengira Had Kredit

Had kredit Anda dikira secara bulanan dan berdasarkan purata penggunaan masa siaran 3 bulan lepas.

Average 3 Month Airtime UsageMultiple Advance Credit Limit
RM0
RM10-RM14RM2
RM15-RM19RM3
RM20-RM24RM4
RM25-RM27RM5
RM28-RM30RM6
RM31-RM33RM7
RM34-RM36RM8
RM37-RM39RM9
RM40-RM49RM10
RM50-RM54RM11
RM55-RM59RM12
RM60-RM64RM13
RM65-RM69RM14
RM70-RM74RM15
RM75-RM79RM16
RM80-RM84RM18
RM85-RM89RM20
RM90-RM94RM22
RM95-RM99RM24
RM100-RM104RM26
RM105-RM109RM28
>RM110RM30

5.  FAQ Celcom

Soalan lazim berkaitan dengan cara pinjam kredit Celcom:

1. Berapa banyak permintaan yang boleh saya buat pada satu masa?

Anda hanya boleh meminta Pendahuluan Kredit sekali sahaja. Permintaan Anda yang seterusnya hanya boleh dibuat selepas 3 jam dari transaksi pendahuluan pertama Anda yang berjaya.

2. Adakah terdapat sebarang yuran langganan untun Pendahuluan Kredit?

Tidak, tiada yuran langganan untuk Pendahuluan Kredit. Yuran transaksi dikenakan pada setiap Pendahuluan Kredit yang berjaya dikreditkan ke dalam akaun pelanggan.

3. Saya tidak mahu menerima Pendahuluan Kredit secara automatik. Bagaimana saya boleh menghentikannya?

Hantar STOP ke 22262 dan anda tidak lagi akan menerima pendahuluan automatik.

Itulah panduan cara dapat pinjaman kredit Celcom, semoga maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda.